struktur harga ADRC
Penilaian kami adalah percuma.
Cogan kata kami adalah “Tiada Data, Tiada Pembayaran”.
Kami ada perkhidmatan yang berlainan untuk menyesuaikan keperluan-keperluan pelanggan yang berlainan.
- Perkhidmatan Biasa
Mengambil masa 5 -7 hari setelah kami menerima dibenarkan untuk melakukan sesebuah kerja.
- Perkhidmatan darurat
Perkhidmatan ini mengambil masa hanya 48 jam. Tetapi biayanya lebih 20% dari perkhidmatan biasa.
Baca dengan lebih lanjut tentang perkhidmatan Darurat Kami.

We menawar 2 jenis khidmatan pemulihan.
Regardless of service plan engaged, Adroit Data Recovery Centre Malaysia adheres strictly to “No data, No charge” policy.
Bagaimanakah Pusat Perkhidmatan Pemulihan Data Adroit Malaysia Menstrukturkan Harga Bayaran?
Apabila pengguna membawa media (cakera keras, pemain mp3 dan seterusnya) yang memerlukan pemulihan data kepada kami, jurutera kami akan menilai atau menetapkan jenis kerosakan ke atas media tersebut, dan ia dibuat secara "first come, first serve". Siapa datang dahulu, akan dilayan dahulu. Proses ini biasanya mengambil masa 2 hari setalah kami memperoleh media tersebut.
Harga akan dikira berdasarkan beberapa sebab seperti:
- Berapa sulit atau parah kerosakan ke atas media tersebut.
- Kerosakan berasal dari peralatan dalam (seperti kerosakan kepada bahagian cakera keras) atau kerosakan kepada perisian (software) komputer (seperti diserang virus atau sistem operasi mengalami kerosakan)
- Jenis sistem operasi yang diguna (Windows, Macintosh, Unix).
- Jenis media tersebut, seperti cakera keras 3.5" yang diguna komputer desktop, cakera keras 2.5" komputer laptop, kad penyimpan data flash (flash card) atau secara USB, CD-R, DVD-R, dan sebagainya.
- Jenis perangkaian RAID dalam pelbagai susunan, sama ada RAID 0, RAID 1, RAID 2, RAID 3, RAID 5 atau penggabungan antara perangkaian seperti RAID 0 dan RAID 5
- Bilangan cakera dalam perangkaian RAID
Setelah mendapat penawaran harga dari kami, pengguna akan memutuskan sama ada mahu meneruskan dengan kerja pemulihan. Setelah kami diizinkan mula pemulihan tersebut, dan sekiranya kami tidak dapat mengembalikan data tersebut, maka kami tidak akan mengenakan bayaran.

Proses Penilaian
Jika pengguna mahu membatalkan kerja pemulihan setelah ia dimulakan, maka kami akan mengenakan bayaran pembatalan sebanyak RM95.00. Sila perhatikan bahawa pembayaran pembatalan berlainan dari pembayaran penilaian.
Pembayaran Pembatalan dan Pembayaran Penilaian
Ada orang pernah tanya " Mengapa anda magadakan bayaran pembatalan jikalau ADRC ada policy Tiada Data Tiada Pembayaran. Adakah ini sebenarnya bayaran penilaian "
Sudah tentunya TIDAK.
Mari kita perhatikan bezanya antara "pembayaran penilaian" dan "pembayaran pembatalan".
Pembayaran penilaian adalah sebuah pembayaran yang dibuat kepada syarikat pemulih data, sama ada data anda dapat dikembalikan atau tidak. Pembayaran ini dibuat secara terus-terang, apabila anda membahagikan media anda kepada syarikat pemulih data, sebelum penilaian dibuat. Pembayaran penilaian ini dikenakan oleh beberapa syarikat pemulih data dan selalunya boleh menjejak beratus-ratus ringgit.
Pembayaran pembatalan pula hanya dikenakan jika, setelah menerima tawaran harga dari penilaian kami, pengguna tersebut memutuskan bahawa beliau hendak membatalkan kerja pemulihan.
Jika pelanggan memutuskan untuk meneruskan kerja pemulihan, dan seterusnya tiada data yang dapat dikembalikan, maka anda tidak perlu bayar sesen pun. Tidak kira beberapa jam atau hari kami mencurahkan kepada kerja pemulihan tersebut, tiada pembayaran yang dikenakan. Kami mengamalkan cogan kata kami, "Tiada Data, Tiada Pembayaran".
Jika kami tidak dapat mengembalikan data anda, maka anda tidak perlu membayar kami sesen pun.
Kami mengenakan pembayaran pembatalan untuk mengelakkan dari sembarang orang yang tidak bersungguh-sungguh menghendaki perkhidmatan kami. Kami sedar bahawa cara terbaik untuk mengelakkan situasi tersebut adalah untuk mengenakan pembayaran pembatalan. Lagipun, pembayan pembatalan ini diberitahu kepada pelanggan sebelum mereka menghantar media mereka untuk penilaian.
