senarai khidmat pemulihan data
Data anda yang hilang selamat di dalam tangan ADRC.
Dengan jurutera kami yang berpengalaman dan mempunyai pengetahuan mendalam dan juga kemudahan makmal Class 100 yang lanjut, kami mengesyorkan bahawa keperluan pemulihan data anda akan diselesaikan dengan tangkas dan sebaik mungkin. Kami menjamin pengalaman anda bersama kami sangat menyenangkan hati.
Tidak kira apa jua jenis penyimpan data, sistem operasi, pembentukan data dan platform, kami akan mengembalikan data dalam sembarang keadaan lampau. Sama ada ia adalah pemulihan dari cakera keras Desktop atau Laptop, cd, dvd, cakera liut, penyimpan flash sehingga perangkaian pelayan RAID, kami ada penyeselesaiannya untuk mengembalikan data anda sepenuhnya.

Jenis-jenis penyimpan data yang kami telah memulihkan datanya
Pemulihan Data Desktop dan Laptop.
Dengan kebolehan menyimpan data yang sangat besar, fail dan maklumat disimpan di koperasi, pemerintahan, sekolah dan rumah di serata dunia, berjuta-juta orang bergantung dan menyandar kepada komputer dalam kehidupan mereka. Alat-alat ini menyimpan data-data yang ketara dan adalah satu senjata yang paling kuat di dalam dunia ini - informasi atau maklumat. Bagaimanapun, penggunaan alat-alat ini bukanya tiada bahayanya.
Kemudah memindahkan alat bukan sahaja menjadi keperluan untuk mengikut perkembangan teknologi IT dan langah pesat masyarakat, malah, ia telah menjadi ikut-ikutan terutama di kalangan eksekutif muda zaman sekarang. Komputer laptop atau notebook digunakan di luar tempat kerja, seperti di rumah, dalam kapal terbang, kereta api ataupun kenderaan darat. Alat-alat yang mudah dipindahkan ini akan bertembung dengan satu masalah besar - kejutan secara fiskal disebabkan oleh sama ada tiba-tiba dijatuhkan atau diketuk. Kejutan in boleh menyebabkan data hilang.
Penghilangan data juga boleh terjadi dengan sebab-sebab lain, seperti tersilap padam fail atau partition (kesalahan pengguna), kerosakan mekanikal, format, menyimpan data mengatasi data yang lama, software yang rosak (logikal), penyerangan virus dan kerosakan alam semula jadi (Api, Banjir, Kilat dan lain-lain). Kejutan kuasa elektrik boleh menyebabkan papan PCB rosak, kepala baca/tulis rosak, kerosakan kepada adaptive dalam PROM (Programmable Read Only Memory) di papan PCB.
Dalam kebanyakan peristiwa terjadinya kehilangan data, ia terjadi secara tiba-tiba dan tidak dapat disangka. Wujurlah Pusat Perkhidmatan Pemulihan Data Adroit ada segala kemudahan dan kesudahan untuk keperluan hilang data anda, menentukan anda akan tidak kehilangan arah untuk lama.
Pemulihan Pelayan dan Perangkaian RAID
Teknologi telah mengembang dengan pesat semenjak beberapa tahun yang lalu dan media backup juga bertambah dengan kadar setanding. Kebanyakan syarikat menggunakan backup dan penyimpan berlebih-lebihan (seperti RAID 5 sebagai jaring keselamatan atau perantara untuk menangi mereka dari kehilangan data. Menyimpan data salinan sudah menjadi kebiasaan dan akan terus menjadi pertahanan terbaik untuk sesebuah syarikat.
Walaupun menyimpan data salinan adalah cara terbaik sehingga kini, teknologi backup dan kaedah tidak selalunya cara yang kalis dari hilang data. Kegagalan akan berlaku apabila tatacara tidak dikuatkuasakan oleh pentadbir dengan betul, sistem perkakas tidak berfungsi dengan betul, kerosakan perisian, atau media pita/kertus tidak berfungsi dengan betul.
Backup amat berguna apabila perangkaian RAID atau pelayan gagal dan sistem backup tersebut berfungsi sebagaimana sepatutnya. Tetapi sering kali dalam waktu-waktu genting apabila data hilang, backup itu ternyata tidak cukup atau tak berguna.
Bagi kebanyakan syarikat, kehilangan data bukan sahaja melecehkan, malah, boleh menyebabkan kerugian kewangan yang besar. Dalam situasi yang lampau, sesebuah syarikat itu terpaksa tutup jikalau data yang hilang tidak dapat dikembalikan. Seseorang itu tidak boleh menghayati kerumitan keadaan ini sehingga seseorang itu mengalaminya sendiri.
Kami di Pusat Perkhidmatan Pemulihan Data Adroit Malaysia Sdn. Bhd memahami bertapa pentingnya data anda dan kritikal kepada kejayaan syarikat anda. Tidak kira apa jua konfigurasi RAID atau pelayan anda, ADRC Malaysia ada perisian milik sendiri, kaedah, di sokong oleh perkakas yang lanjut, dan juga kepakaran untuk mengembalikan data dari pelbagai sistem simpanan.

